PENGENALAN AMEEN

Produk Ameen dijamin Berkualiti Tinggi, Bersih dan HALAL kerana kami amat menitikberatkan aspek kebersihan dan penggunaan bahan mentah berkualiti tinggi yang diketahui sumbernya. Sebagai bukti yang kukuh, kesemua Produk Keluaran Ameen telah disahkan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lulus Persijilan MeSTI dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami juga mendapat pengiktirafan daripada a Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan Good Manufacturing Practices (GMP) daripada SIRIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kami sentiasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk bagi memastikan kualiti Produk Keluaran Ameen sentiasa terunggul, setanding dan dapat menempah nama dalam bidang perindustrian ini.